Najib dapat tangguh hukuman penjara, denda

Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta berhubung pertuduhan penyelewengan dana SRC International.

Semasa prosiding sebentar tadi, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram membantah permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dengan berhujah bahawa sabitan tidak boleh ditangguhkan.

Bagaimanapun peguam Tan Sri Muhammad Shafee berhujah, Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa perintah dan sabitan boleh dirayu, dengan itu ia boleh ditangguhkan.

Beliau berkata, jika anak guamnya tidak boleh menangguhkan sabitan, ia akan menjejaskan kedudukan beliau sebagai ahli parlimen.