Nak Tahu Apa Jenama Kereta Paling Laris Di Malaysia? Baca Sampai Habis

Ada empat perkara yang cenderung disukai rakyat Malaysia iaitu pasal sukan bola sepak, memancing dan bercerita tentang politik.

Satu lagi ialah bersembang pasal kereta atau hal-hal berkaitan automotif.

Kalau tak percaya, perhati saja dalam kalangan kawan-kawan mesti ada yang gemar ‘gebang’ pasal nak tukar sport rim bila musim raya selain nak pakai kereta baru.

Jadi tidak hairanlah, pada tahun lalu, negara mencatatkan jumlah jualan yang baik dalam industri automotif.

Sebanyak 604,287 kenderaan pelbagai jenis terjual tahun lalu dan buat pertama kali juga, ia melebihi 600,000 sejak tahun 2015.

Pada tahun sebelumnya, sebanyak 598,598 kenderaan dijual.

Satu lagi fakta yang menarik ialah daripada ratusan ribu kenderaan terjual itu, rupa-rupanya cuma empat jenama yang tersenarai sebagai paling laris.

Ianya adalah Toyota, Honda, Proton dan Perodua dengan jumlah jualan terkumpulnya sebanyak 382,878 buah.

Bagaimana pun, tiga model paling meletop mengikut kedudukan pula ialah
Perodua Myvi yang dijual sebanyak 81,966 buah, Perodua Axia (67,267) dan Perodua Bezza (45,656).

Dua model berikutnya pula ialah
Proton Saga dan Honda City masing-masing dengan jualan 38,144 dan 31,357 buah.