Nak Tubuh Satu Lagi Kerajaan Baru? Tumbangkan PM

(FMT) – Veteran Umno, Shahrir Samad mengakui wujud “gerakan khianat” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

“Memang ada dengar-dengar sudah ada gerakan mengumpul Akuan Bersumpah (SD) dari Ahli Parlimen untuk tubuh suatu lagi kerajaan baru,” katanya dalam catatan di Facebook.

Artikel menarik: Kecoh! F’Book ‘RELA’Di Serbu Ada Pendaftaran Tanpa Rela

Shahrir berkata, dua kem yang didakwa sedang menggerakkan usaha berkenaan adalah pihak dalaman Jemaah Menteri Perikatan Nasional (PN) dengan gabungan menteri Umno dan Bersatu manakala sebelah pihak lain adalah Pakatan Harapan yang mengimpikan kerajaan baharu dipimpin Anwar Ibrahim.

Sumber MT