Pecah rekod lagi! Kes Covid-19 catat 6,806 hari ini

Negara Malaysia sekali lagi pecah rekod kes tertinggi COVID-19 pada hari ini iaitu 6,806. Jumlah tersebut merupkan angka tertinggi sepanjang kes pendemik ini di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri. Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, ia sekaligus mencatat jumlah kes keseluruhan ialah 492,302.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Biarpun pelaksanaan PKP telah dibuat seluruh Malaysia namun kes tetap meningkat jumlah COVID-19 dan sentiasa pecah rekod.

KES-KES YANG TERKINI MENGIKUT NEGERI :

Kerajaan sebelum ini telah ‘mengharamkan’ untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sepatutnya kes dapat diatasi dan dikurangkan. Namun sebaliknya pula terjadi. Apa kes??

Kes dilihat semakin meningkat adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk membuat Total Lockdown di Malaysi sekali lagi. Memang agak sukar dan memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan beberapa industri kecil dan serderhana.

Bagaimanapun, bagi SMN sampai bila nak jadi macam ini? Hampir dua tahun kita dilanda COVID-19. SMN rasa pengorbanan itu penting demi menjaga keselamatan semua dan menyelamatkan negara supaya tidak menjadi bankrup.

Setidaknya sekiranya total lockdown dilakukan kita boleh melihat bagaimana kesannya adakah masih lagi menurun atau naik mendadak? Sekiranya sebaliknya berlaku bermakna total lockdown tidak sesuai atua segelintir rakyat Malaysia masih berdeigil.

Jadi kita semua harus menjaga SOP dan patuh dengan segala yang telah ditetapkan oleh kerajaan Stay At Home. Kalau boleh keluar hanya beli barang keperluan.

SMN harap orang ramai patuh SOP supaya kita dapat hidup dengan aman dan seperti biasa kembali. Korang tak nak ke menjadi bebas kembali nak pergi mana tanpa risau.

Kalau nak jadi macam India silakan. Admin memang tak nak kerana ia amat membahayakan diri sendiri dan negara.

Sumber: Kosmo