Pengeluaran Wang KWSP RM10,000 Secara “One-Off” Melalui Akaun 1 Boleh Diluluskan

Pemuda UMNO mengharapkan pihak kerajaan agar dapat menimbangkan dan memberikan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada rakyat yang masih mempunyai baki simpanan melebihi RM10,000 terutama golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mana ianya masih boleh diluluskan untuk semua rakyat Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebenaran tersebut boleh menjadi pengeluaran KWSP kali terakhir memandangkan ekonomi sudah dibuka dan pandemik makin beransur pulih untuk memasuki fasa endemik.

“Penuhilah permintaan lebih 56 peratus rakyat yang masih mempunyai simpanan melebihi RM10K terutamanya dalam kalangan M40 ke atas untuk mereka memulakan kehidupan baharu pasca pandemik dengan pelbagai komitmen tertunggak yang perlu dilangsaikan.

Pada ahad, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein mendedahkan sebanyak 46 peratus daripada ahli KWSP iaitu seramai 5.9 juta pencarum memiliki baki simpanan kurang RM10,000 setakat 30 September lalu.

Untuk melakukan semakan baki KWSP terkini anda, sila rujuk langkah berikut: