Ini Baru Dinamakan Pengkianat Negara

Dua kakitangan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang ditahan polis selepas dipercayai ada kaitan dengan penyeludupan dan rampasan dadah bernilai RM8.1 juta.

Suspek antara empat individu yang diberkas polis dalam operasi diadakan antara 22 hingga 26 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata, empat lelaki ditahan itu berusia antara 34 hingga 59 tahun dan dikesan aktif melakukan penyeludupan dadah sejak pertengahan 2021.

Menurut beliau, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA membuat pemeriksaan ke atas penghantaran barangan menggunakan kargo udara ke Auckland, New Zealand di KLIA pada jam 9.30 malam, 22 Oktober lalu.

Katanya, penghantaran itu membabitkan lima kotak yang diisytiharkan berisi barangan elektronik.

“Bagaimanapun pemeriksaan polis berjaya menemui dadah syabu seberat 200 kilogram.

“Jumlah dadah dirampas itu boleh digunakan oleh seramai sejuta penagih dadah,” katanya pada sidang media kejayaan polis menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah untuk pasaran antarabangsa di KLIA di sini tadi.