Seorang penyanyi nasyid era pertengahan 90-an diberkas selepas disyaki terlibat kes berkaitan ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, dekat sini petang semalam.
Penyanyi berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Petaling Jaya menyerbu unit kediaman tersebut kira-kira pukul 4 petang.
- Bagi rokok ‘SEDEKAH’ ketika waktu solat Jumaat!
- Mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan,kes bunuh isteri dan anak
- Berlaku di Negara Messi, Kisah Karton Telur
- Askar Wataniah sambut ulangtahun ke-64 di Puswatan
- Dua anjing pengesan polis terima pingat
Difahamkan ketika serbuan, pihak polis dipercayai turut menemui sejumlah pokok ganja ditanam dalam unit kondominium berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.
“Saya sahkan suspek ditahan dan saya akan membuat sidang akhbar petang ini mengenai perincian lanjut penahanan lelaki itu,” katanya hari ini.