Perkhidmatan Kurier Kelas Pertama Dengan Harga Mampu Milik – Post Centre

Post Centre merupakan sebuah pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan mel dan kurier melalui aktiviti penerimaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengedaran dan serahan item kepada warga sekitar.

Menerusi pengalaman selama hampir 10 tahun dalam perkhidmatan kurier, dengan outlet pertama yang ditubuhkan pada November 2014 di Bandar Puncak Alam, ia secara tidak langsung menjadi nadi penggerak buat Post Centre untuk menyusuri segenap kawasan yang dilihat memberi peluang keemasan bagi menawarkan servis pusat sehenti kepada masyarakat.

Menurut Pengurus Operasi Post Centre, Muhammad Hazmi bin Md Ali untuk rekod, sehingga kini Post Centre telah mempunyai 50 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Perkhidmatan yang ditawarkan di setiap cawangan pula tidak hanya terhad kepada mel dan kurier sahaja tetapi turut merangkumi servis-servis lain seperti pembaharuan insurans dan cukai jalan, pembayaran bil dan utiliti, serta servis penghantaran motosikal.

“Kebanyakannya dikelolakan oleh pemegang lesen dan diberi latihan serta kursus untuk mengambil rangkain kerjasama itu,” katanya

Katannya, Post Centre beraspirasi untuk mengembangkan perusahaan menerusi peluang perniagaan yang dijalankan kepada para pemain industri ataupun usahawan dengan menyediakan platform perniagaan ini kepada mereka.

Malah, Post Centre komited untuk menyediakan perkhidmatan kurier kelas pertama kepada para pelanggan dengan menawarkan kadar yang munasabah secara konsisten.