Peruntukkan Dana Parlimen Untuk Dua Pihak Tiada Dalam Sejarah

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menyokong tindakan kerajaan Perikatan Nasional memperuntukkan dana RM300,000 kepada semua anggota ahli Parlimen daripada parti pemerintah dan pembangkang.

Peruntukkan tersebut diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Pemulihan Ekonomi dan Perlindungan Rakyat (PEMULIH) bagi membantu rakyat dalam kesukaran.

“Ini jelas menandakan Perdana Menteri mengetepikan soal politik demi kesejahteraan rakyat.

“Dana yang diperuntukkan kepada ahli Parlimen pemerintah dan pembangkang tidak pernah dalam sejarah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jadi kita boleh nampak di situ Perdana Menteri meletakkan politik diluar tetapi fokus pada bantu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dominic Lau berkata, beliau memang melihat keadaan rakyat benar-benar terkesan ketika membuat sumbangan bakul makanan pada Program Kasih Kenyang kendalian Parti GERAKAN minggu lalu.

Beliau berharap agar ahli Parlimen menggunakan sebaik-baiknya dana yang diperuntukkan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan.

Dalam pada itu, Dominic Lau menyeru agar semua pemimpin pembangkang dapat mengikuti jejak langkah Perdana Menteri.

Buat masa sukar ini, ketepikan agenda dan matlamat politk peribadi, sebagai wakil rakyat sepatutnya utamanya kesejateraan dan kebajikan rakyat.

sumber