Petugas Barisan Hadapan Sudah Penat, Bantulah Kami

“Bantulah kami petugas barisan hadapan untuk bantu anda dan keluarga” itulah luahan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Facebooknya pada awal pagi Isnin ketika jumlah kes aktif di negara merekodkan 78,017 kes setakat Ahad.

Dalam satu posting dimuat naik gambar petugas barisan hadapan dengan kapsyen “Petugas barisan hadapan sudah penat tetapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda.

Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga.

Dilaporkan, setakat semalam, jumlah pesakit yang ditempatkan di Unit rawatan Rapi (ICU) mencecah 846 kes dengan 419 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Rata-rata netizen yang komen memberi kata-kata semangat dan berdoa pada Tan Sri dan juga petugas-petugas COVID-19.

Ada juga yang meluahkan perasaan suruh Tan Sri berbincang dengan MITI kerana terdapat beberapa sektor masih diluluskan dan boleh beroperasi.

Semalam Malaysia merekodkan kes penurunan hampir 2000 iaitu jumlah semalam 6,999.

Semalam juga tular ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengatakan kes COVID-19 mencecah sehingga 10220.

Bagi SMN ini adalah satu kelakuan yang tidak perlu diambil tindakan kerana ia memburukkan imej kerajaan dan frontliner.

Sebenarnya apa yang ingin dibuktikan melalui berita palsu itu adakah kerajaan gagal? ataupun rakyat yang berdegil tidak mahu mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Untuk pengetahuan anda, esok bermulalah Malayasia total lockdown. Jadi dinasihatkan semua agar mematuhi SOP dan jangan keluar rumah sekiranya kecemasan sahaja.

Seperti yang diminta oleh Tan Sri sama-sama kita menjaga SOP demi memutuskan rantain COVID-19.

sumber: Facebook Noor Hisham Abdullah