PKPD Di KL & Selangor, Mulai Sabtu Ini

(Berita Harian)- Sebahagian besar mukim di lapan daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Sabtu ini.

Ia susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan trend jangkitan Covid-19 yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata antara 1,800 ke 1,900 kes, manakala WPKL dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

Artikel menarik: Budak Acah! Rembat Member Rebut ‘Abang Angkat’

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah terkini itu akan berkuat kuasa sehingga 16 Julai dengan semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh Polis Diraja Malaysia.

“KKM telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di Selangor dan WPKL, yang mana unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) kedua-dua negeri masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menurun.

sumber