PM Letak Jawatan Automatik Kerajaan Runtuh

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menuntut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan berhubung menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku PM.

Bercakap kepada Utusan Online, beliau berkata, ini kerana secara logiknya, apabila Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerajaan di bawah pentadbirannya secara automatik akan runtuh.

Katanya, ia mengambil kira seperti waktu pemerintahan zaman Pakatan Harapan (PH) dulu yang tumbang selepas Tun Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Artikel menarik: GERAKAN Seru, MP Guna Peruntukkan Sebaik Mungkin

“Kami tuntut penjelasan daripada Presiden tentang tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin. Sebab jika beliau meletak jawatan, kerajaan sudah pasti akan runtuh.

“Tempoh yang diberi kepada Muhyiddin untuk meletak jawatan itu sehingga bila? Berikan penjelasan,” katanya ketika dihubungi.

Sumber