Potong elaun atlet jejas prestasi di Sukan Sea

Kurangnya pendedahan pertandingan di luar negara di kalangan atlet sewaktu pandemik, menjadi faktor kepada prestasi yang tidak memuaskan pada Sukan Asia Tenggara (SEA) baru-baru ini.

Menurut bekas ‘raja pecut’ negara Watson Nyambek, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, sebanyak enam hingga tujuh kali setahun pertandingan luar diadakan, iaitu empat meliputi di rantau Asia, manakala dua hingga tiga di Eropah.

“Oleh kerana pendemik ini, pendedahan pertandingan di luar negara amat kurang. Di situlah kelemahan ketara kepada atlet negara kita.

“Hanya dua, tiga saja pertandingan luar (negara) diadakan, itu tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya lima ke atas.

Jadi atlet kita kurang semangat,” katanya kepada Malaysiakini.

Watson yang kini merupakan jurulatih di Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSN) bahagian Miri, bersetuju ketika diminta mengulas sama ada kerajaan sewajarnya memberikan

Peruntukan dana yang secukupnya untuk atlet dari segi elaun dan menyertai lebih banyak pertandingan di luar negara bagi memulihkan prestasi atlet.