Raih Pingat Emas Pertama Malaysia Paralimpik Tokyo

Malaysia meraih pingat emas pertama menerusi acara powerlifting kategori lelaki 72kg di Tokyo International Forum.

Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin turut memecah rekod Paralimpik dalam kategori itu dengan angkatan seberat 228 kg.

Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak dianggap sebagai pencabar utama pingat untuk acara itu selepas memecah rekod dunia pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lepas.