Ronaldo Dibaling Botal ‘Coca-Cola’ Selepas Celebrate Gol

Jaringan kedua yang diraikan Cristiano Ronaldo dicemari dengan insiden dia dibaling objek ketika Portugal terikat 2-2 dengan Perancis dalam aksi terkahir Kumpulan F, Euro 2020, awal pagi tadi.

Insiden itu berlaku ketika dia melompat dan berpusing sebelum terkena cawan air di belakang kepalanya.

Artikel Menarik: Pelik! Menggunakan Jambatan Yang Dipintal Dari Jerami

Ronaldo kemudian berpaling semula ke arah penonton dan kelihatan memegang belakang kepalanya.

Ia berlaku seminggu selepas bintang Juventus itu mengalihkan dua botol Coca-Cola ketika sidang akhbar dan menggesa orang ramai minum air kosong demi menjaga kesihatan.

Sumber