SAH Kabinet Baharu Diumum Pukul 11 Pagi Esok

 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi esok.

Perkara ini disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

Ini selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembah senarai nama anggota Kabinet baharu.

Artikel berkaitan : Perbincangan Khas Raja-Raja Selesai Termasuk Pelantikan PM Ke-9

Majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri Persekutuan pula berlangsung pada pukul 2.30 petang, Isnin ini.

Bagaimanapun, liputan pengumuman tersebut hanya melibatkan media rasmi.