Sameru Chemical, Mahu Bantu Rumah Kebajikan & Pusat Tahfiz, Jimat Dalam Pembelian Sabun Seharian

Sebut sahaja pasal sabun sudah pasti terlintas difikiran kita ia adalah bahan pencuci untuk menghapuskan kekotoran. Ingat tu bukan benda lain!

Tak kiralah pakaian , barang, mahupun tubuh badan kita. Boleh dikatakan setiap isi rumah wajib mempunyai bahan pencucinya sendiri sama ada yang dalam bentuk cecair mahupun pepejal.

Kini pelbagai jenis sabun yang berada di pasaran sehinggakan tidak tahu yang mana paling bagus. Namun ramai yang tidak pernah ambil peduli bagaimana sabun yang berbuih, berbau wangi itu dihasilkan.

Menyebut mengenai pembuatan sabun, Sameru Chemical Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bertapak di Puchong yang sudah mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam pembuatan sabun serba guna.

Menurut Pengarah Urusan Hasimah Binti Jusoh, Sameru Chemical bermula daripada penghasilan sabun debu pada tahun 2000 di kampung-kampung.

“Pada masa itu kita buat sabun debu untuk memudahkan penduduk kampung untuk mencuci pakaian dengan hanya rendam dan bilas.

“Bermula daripada kampung-kampung felda, Sameru Chemical kini berkembang seperti sekarang.

Katanya, penubuhan kilang ini merupakan hasil cetusan dan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan saya pada masa itu.

Antara produk yang dihasilkan Sameru juga banyak digunakan dalam kehidupan seharian seperti sabun cuci baju, sabun cuci lantai, sabun kereta, tyre polish dan lain-lain.

Hashimah memberitahu, pelanggan Sameru Chemical terdiri daripada suri rumah, jabatan kerajaan dan kontraktor bangunan.

Kini, Sameru Chemical banyak menghasilkan produk utama mereka iaitu pencuci serbaguna (Multi Purpose Cleaner).

Hasimah berkata, mereka kini memberi keutamaan dalam menghasilkan produk untuk mencuci bangunan seperti sabun cuci tandas, sabun cuci lantai, sabun cuci cermin, sabun cuci tangan dan lain-lain yang berkaitan dalam aktiviti mencuci bangunan.

Selain itu, Sameru Chemical juga menyediakan produk sabun separuh proses (half-process) untuk memudahkan pelanggan dari segi pengangkutan terutamanya pelanggan daripada Sabah dan Sarawak.

Bukan itu sahaja, hal ini juga memberi peluang kepada pelanggan untuk menghasilkan sabun mengikut cita rasa masing-masing.

Berikutan musibah Pandemik COVID-19, perniagaan Sameru juga agak terkesan namun disebabkan produk sabun adalah keperluan harian masyarakat maka permintaan terhadap produk tetap ada seperti kebiasaannya.

Malahan Sameru Chemical mengeluarkan produk terbaru mereka hand-sanitizer untuk membantu negara dalam usaha mencegah COVID-19 sekaligus memenuhi permintaan masyarakat. 

Harapan Sameru Chemical ingin menjadi salah sebuah syarikat perniagaan yang dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan bantuan mereka seperti rumah kebajikan masyarakat, anak-anak yatim, mahad mahfiz dan lain-lain.

Hal ini dapat membantu golongan-golongan tersebut agar lebih berjimat dalam perbelanjaan dan seterusnya dapat menggunakan wang yang ada untuk tujuan lain yang lebih penting.

Layari FB Sameru Chemical Sdn Bhd untuk pertanyaan lanjut