Saringan Covid-19 Secara Besar-Besaran di Zon Merah

Tempoh Total Lockdown ini adalah satu tempoh ‘cooldown’ yang beri kesempatan kepada kerajaan untuk melaksanakan pelbagai usaha bagi mengawal penularan Covid-19 terutamanya di zon merah.

Menurut Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN, Wong Chia Zhen, saban hari kes jangkitan Covid-19 mencecah angka beribu. Tempoh ini dapat mengehad pergerakan berkelompak dalam kalangan masyarakat.

“Ada kemungkinan bahawa mereka yang telah dijangkiti belum dikenalpasti kerana kebanyakan kes positif tidak mempunyai simptom.

“Ini adalah masanya supaya kerajaan melakukan saringan besar-besaran di zon-zon merah. Saya percaya ia mesti berkesan jikalau saringan Coivd-19 dibuat sekarang kerana pergerakan sudah dikawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes jangkitan harian dua minggu dari hari ini pasti turun mendadak kerana rantaian penyebaran virus diputuskan apabila mereka yang didapati positif dihantar ke pusat kuarantin.

Setahun dari penularan wabak Covid-19, proses dan pengendalian saringan sudahpun matang dan diperkenalkan di klinik swasta seluruh Malaysia, untuk kedua-dua kaedah saringan iaitu RT-PCR dan RTK-Antigen.

Keputusan saringan juga dapat diterima dalam jangka masa sehari. Jadi, pelaksanaan saringan boleh diagihkan kepada klinik-kinik swasta yang berada dalam zon merah supaya saringan penuh ini boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaluddin telahpun mengumumkan beberapa langkah untuk mempercepat kadar imunisasi.

Jadi adalah tepat pada masanya, sekiranya saringan besar-besaran dibuat serentak dengan inisiatif kerajaan yang baru ini.

Sebelum ini Pemuda GERAKAN mencadangkan sembilan langkah dan bantuan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan M40 yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN, Wong Chia Zhen berkata, Pemuda GERAKAN menyokong sepenuhnya total lockdown fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, beliau juga berharap pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi akan diumumkan oleh kerajaan secepat mungkin.

Katanya, Biro Ekonomi Anak Muda dan Tranformasi Pemuda GERAKAN akan mencadangkan sembilan langkah dan bantuan yang perlu kerajaan pertimbangkan bagi meringankan beban rakyat sewaktu tempoh lockdown.

Ia merangkumi beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan antaranya adalah:

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA