“Saya 3 Kali Pergi Haji, Biarpun Tak Pakai Tudung”

Sebelum ini, tular rakaman video yang memaparkan Ifa Raziah yang sedang mengupas isu menutup aurat dan makanan halal. Walaupun belum menutup aurat dengan sempurna tetapi dia menyatakan bahawa sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Mekah.

Tambahnya, menutup aurat bukan bermakna sudah patuh dengan suruhan Allah SWT. Malah, Ifa juga menegaskan bahawa restoran makanan Cina yang dikunjunginya di Butterworth, Pulau Pinang itu mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ifa Raziah menerusi video yang tular itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Susulan isu tersebut, ustazah Asmak Husin di Facebook miliknya memberi teguran buat Ifa Raziah.

“Menjadi tetamu Mekah untuk mendapatkan Haji/Umrah mabru bukan untuk dibanggakan. Kayu ukur adakah haji kita itu mabrur atau tidak dilihat selepas kepulangan kita daripada tanah suci sama ada terdapat peningkatan atau perubahan dalam diri kita terutama akhlak dan ibadat.” kata ustazah Asmak