Selepas Diberhentikan Kerja! Hidup Mereka Sangat Struggle, Kini Miazarafood Semakin Dikenali

Ditubuhkan pada 7 Mac 2018, Miazara Food Delight merupakan pembekal makanan sejuk beku untuk restoran, hotel dan kedai makanan lain.

Diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu  Noor Azlina Jaafar dan M Basir Abu Bakar yang dulunya merupakan bekas kakitangan Utusan Melayu Malaysia Berhad.

Kini mereka telah bergelar usahawan setelah syarikat akhbar melayu tertua itu ditutup pada tahun 2019.

Bagi menyahut seruan kerajaan dan keperluan penggunaan semasa dalam mempromosikan penyertaan peniaga Bumiputra dalam perniagaan.

Terdahulu, mereka telah beroperasi sebagai peniaga kecil-kecilan secara suka-suka dipejabat dan kini kami serius sehingga nekad untuk meneruskan peniagaan sejuk beku keperingkat seterusnya.

Dengan berniaga secara atas talian Miazara Food Delight meneruskan langkah berikutnya sejajar dengan pertumbuhan syarikat enterprise.

Tujuan syarikat ini adalah untuk memperluas dan memudahkan perniagaan menjadi lebih sistematik dan maju berdasarkan syariat Islam.

Industri makanan sejuk-beku (frozen foods) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia.

Produk makanan yang berasaskan konsep ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga berkhasiat.

Menurut definisi Food and Agriculture Organization (FAO), makanan sejuk beku bermaksud makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang bersuhu di bawah negatif 18°C. Makanan yang disimpan di bawah suhu tersebut boleh bertahan lama yang boleh menjamin kualiti dan kesegaran makanan tersebut. Jangka hayat untuk makanan sejuk beku ialah selama setahun.

Industri makanan sejuk beku ini semakin meningkat permintaannya dengan perubahan gaya hidup manusia pada zaman moden ini. Peningkatan makanan konsep ini dijangka berlaku sebanyak 10% pada setiap tahun bermula dari tahun 2000 hingga sekarang. Peningkatan ini dijangka akan terus berlaku. Makanan sejuk beku telah mula menarik perhatian ramai orang kerana lebih mudah disediakan dan menjimatkan masa.

 Namun, bagi para ibu atau suri rumah yang sibuk dan bekerjaya di zaman millenia ini, mereka sukar untuk menyediakan makanan atau kuih muih ini dalam masa yang singkat. Walaupun setiap rumah pasti mempunyai peti ais yang digunakan untuk menyimpan makanan sejuk, tetapi penghasilan produk sejuk beku memerlukan kemahiran dan masa untuk menyediakan pelbagai makanan dan kuih muih tersebut.

Penyelesaian untuk masalah ini adalah dengan membeli produk sejuk beku yang banyak di jual di pasaraya, kedai, secara online atau jualan terus. Produk sejuk beku ini biasa dijual dalam 3 bentuk iaitu bahan mentah (ayam, daging, itik, kentang fries, dan banyak lagi), separa proses (karipap, popia, samosa, nugget, pizza, sosej, sushi, roti jala, roti canai dan sebagainya) dan sedia dimakan (ais krim dan ais krim putar). 

Antara menu yang boleh dimasak

Pada awal pengenalan produk sejuk beku kepada umum, ramai pengguna yang mempersoalkan soal kualiti kesegaran produk tersebut. Rata-rata antara pengguna menyatakan bahawa kandungan nutrien produk sejuk beku akan hilang jika disimpan terlalu lama dalam suhu yang rendah.

Akan tetapi, perkembangan teknologi dan pelbagai kajian telah dijalankan sama ada dari pihak kerajaan atau badan berkaitan mengenai kesihatan produk sejuk beku bagi memastikan bahawa produk sejuk beku selamat untuk dimakan malah kandungan lemak yang terdapat didalamnya juga terkawal

Selain rasanya sedap, ianya juga bersih dan kadangkala ianya lebih berkhasiat berbanding dengan produk atau makanan jualan terus. Ini kerana kandungan minyak yang digunakan adalah minima terutama kepada produk makanan bergoreng.

Antara pelanggan

Harga yang ditawarkan kepada pengguna ke atas produk sejuk beku ini lebih murah dan mudah untuk disediakan. Kaum ibu hanya perlu menggoreng, memanggang atau dihangatkan di dalam ketuhar dalam masa kurang dari 10 minit bergantung kepada jenis masakan atau kuih.

Berminat boleh lawat website : https://miazarafood.com/ dan terus order di situ