Semak BKM Fasa 1 Disini! & Buat Rayuan Pada Tarikh..

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melibatkan 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak hampir RM2 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Mac ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerima BKM akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan mereka.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei depan untuk tempoh sebulan.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka bermula 28 Mac hingga 8 April depan.

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bantuan tersebut pada 30 Mac ini menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. 

sumber