Senarai Bantuan Kerajaan Untuk PKP 3.0

Kerajaan mengumumkan beberapa bantuan yang akan diberikan kepada rakyat serta untuk sektor ekonomi dalam tempoh ‘Lockdown’ yang akan bermula esok.

Kerajaan mengumumkan bahawa semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas diberi pilihan mendapat moratarium automatik selama tiga bulan.

Menurut laporan Kosmo, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perutusan khas Bantuan PKP 3.0 disiarkan secaa langsung mengumumkan moratarium automatik selama tiga bulan kepada semua golongan B40.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, golongan itu turut diberi pilihan pengurangan pembayaran sebanyak 50 peratus selama enam bulan dengan insiatif bernilai RM30 bilion yang dijangka dapat dimanfaatkan kepada semua peminjam.

““Industri perbankan akan memberi maklumat terperinci berhubung perkara ini esok,” jelasnya.

Selain itu, Muhyiddin menjelaskan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri dan para menteri lain tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini sebagai tanda menghormati rakyat.

“Gaji tersebut akan disalurkan ke dalam akaun amanah bencana untuk membiayai perbelanjaan Covid-19” tambahnya.

Pada masa yang sama juga, peruntukkan sebanyak RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Priahtin Rakyat atau BPR.

“Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak 500 ringgit dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima kadar sebanyak RM300”

“Golongan bujang pula akan menerima RM100 dan BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti, ” ujarnya.

Jadi ini adalah antara bantuan-bantuan yang diumumkan semasa perutusan tadi yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Diharapkan yang mana tidak dapat bantuan itu sila jangan gelabah kerana ia akan membuatkan anda nampak lagi teruk dan buruk.

Kita tunggu sahaja pasti ada bantuan lain kalau tidak daripada kerajaan tapi daripada Tuhan Yang Maha Esa.