Sistem Kawalan Operasi Digital Yang Dimiliki Oleh Syarikat Tempatan Mampu Mengawal Covid-19

Mindmatics Sdn. Bhd. (Mindmatics), sebuah syarikat pembangunan teknologi tempatan, melancarkan produk sistem pengurusan dan kawalan operasi digital baharu yang dikenali sebagai CS3 dan PRIMA.

Lebih menarik, sistem tersebut dibangunkan dan direka sendiri oleh tenaga pakar teknologi tempatan.

Mindmatics merupakan sebuah syarikat teknologi tempatan yang
pakar dalam pelbagai bidang berkaitan ‘Perintah, Kawalan, Komputer, Komunikasi, Risikan, Pengawasan dan Pengecaman (C4ISR) untuk operasi pertahanan, keselamatan, kerajaan tempatan dan organisasi korporat
.

Pengarah Operasi & Teknikal Mindmatics, Dr Abdul Rahim Mat Sidek berkata, sistem tersebut boleh diguna pakai oleh pelbagai pihak terutamanya unit beruniform.

“Tentera, pasukan bomba, polis dan pihak berkuasa lain boleh menggunakannya ketika menjalankan tugasan harian atau operasi khas seperti pengurusan bencana serta operasi mencari dan menyelamat.

“Maklumat berbentuk teks, visual, video, suara dan lokasi boleh dikongsikansecara mudah menggunakan telefon bimbit

Dalam pada itu, sistem yang ditawarkan oleh Mindmatics itu sebenarnya boleh membantu kerajaan dalam mengawasi pendemik Covid-19 yang berlaku di negara kita.

Semua sistem pengawasan, pengecaman, risikan dan pengahantaran maklumat yang lengkap telah direka khas dalam sistem ini”

CS3 juga dilengkapi dengan keupayaan sistem pengelasan dan analisa maklumat, pengurusan peta, pelaporan digital dengan keupayaan untuk disepadukan dengan teknologi AI dan Big Data

Tambahnya, sistem CS3 juga sesuai diguna pakai oleh badan korporat
dengan operasi lapangan yang menyeluruh seperti bidang telekomunikasi,
tenaga, perladangan, logistik, pengangkutan, peruncitan mahupun
pelancongan.

Menurut Abdul Rahim spesifikasi sistem tersebut akan dibuat berdasarkan kehendak pelanggan.

“Pelanggan boleh membuat permintaan reka bentuk atau spesifikasi yang mereka mahukan mengikut keperluan.

“Sebab itu Mindmatics hari ini memperkenalkan sistem Kabin Mudah Alih PRIMA, supaya pelanggan boleh bawa ke mana-mana untuk menjalankan operasi,

Malah, kabin yang direka bentuk dan dibangunkan melalui piawaian antarabangsa berkenaan boleh dibawa ke lokasi kejadian dan bertindak sebagai pusat operasi.

Katanya, untuk permintaan pelanggan, biasanya ia akan mengambil masa dalam tempoh 6 bulan untuk siapkan. Tetapi semua kelancaran bergantung atas kerjasama antara kedua belah pihak.

Dalam pada itu, sistem yang ditawarkan oleh syarikat Mindmatics