Siti Sarah Kritikal, Bacaan Yasin & Doa Diadakan – Shuaib Redha

Syarikat pengurusan Indigital Music mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat secara dalam talian untuk penyanyi, Siti Sarah, 37, bermula jam 8 malam ini.

Wakil syarikat pengurusan Siti Sarah, Indigital Music berkata, majlis bacaan Yasin itu turut disertai Ustaz Ahmad Salahuddin Harun dan Datuk Dr Fadzillah Kamsah. 

“Ramai yang sedia maklum, sahabat kita, Siti Sarah kini sedang bartarung nyawa melawan virus Covid-19 dan Sarah selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. 

“Mohon doa semua untuk diberikan aafiyah, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

“Bersama Ustaz Ahmad Salahuddin Harun dan turut disertai Datuk Dr Fadzillah Kamsah, pinjamkan masa dan kekuatan untuk menyertai sesi bacaan Yassin ini,” katanya. 

sumber