Situasi Pengurusan Jenazah Pesakit COVID-19 – Sayu..

Saban hari kita mengetahui ramai yang meninggal kerana COVID-19 terbaharu penceritatv berpeluang melihat pengurusan jenazah pesakit COVID-19.

Seperti mana yang kita sedia maklum memang COVID-19 semakin meningkat dan angka dalam keadaan membimbangkan Malaysia.

Kita juga sekarang tengah LOCKDOWN ekoran daripada peningkatan kes hampir mencecah 10,000 kes. Jadi perkara ini harus dipandang serius lebih-lebih lagi kepada anti vaksin.

Dalam video tersebut penceritatv berkesempatan untuk melihat pengurusan jenazah COVID-19 daripada bilik mayat sehingga ke tanah perkuburan di GOMBAK.

Artikel berkaitan: Petugas Barisan Hadapan Sudah Penat, Bantulah Kami

Video tersebut, menyaksikan beberapa petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab menguruskan jenazah dengan begitu teliti dan cepat.

Jenazah tidak dimandikan kerana ia mungkin SOP yang ditetapkan dan dibulihkan dalam Islam ekoran daripada darurat dan keselamatan orang lain.

Dalam video tersebut jenazah hanya di tayamum sahaja dan berdoa dengan penuh kesayuan. Korang yang mana tidak tahu tayamum adalah inisiatif atau kaedah peganti sekiranya ketiadaan air untuk berwuduk.

Sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan dilihat petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab membuat kerja dengan cepat dan teliti.

Selain itu, pihak waris sama sekali tidak dibenarkan untuk menghampiri dan hanya dapat lihat daripada jauh.

Penceritatv dalam video tersebut dilihat memakai pakaian lengkap seperti petugas barisan hadapan dan dalam video tersebut dia mengatakan glove sampai dua dan berpeluh seperti mandi sebaik sahaja cabut pakain tersebut.

Petugas barisan hadapan selalu memakai dan boleh dikatakan itu adalah pakaian seragam mereka ketika ini. Jadi SMN disini juga menyeru orang ramai sayanggg frontliner kita jangan sampai ramai yang terkorban.

Kalau frontliner ramai sekalipun tetapi rakyat Malaysia berdegil dan tidak mahu patuh SOP memang tidak ada fungsi kerana banyaknya petugas barisan hadapan bukan satu jaminan untuk negara kita terputus rantai COVID-19.

Marilah sama-sama kita menjaga SOP dan tanda pagar kita jaga kita selalu diingatkan dalam otak dan hati. Jangan hanya dimulut tetapi diri anda berada di MALL.

sumber penceritatv

JOM BELI BLIESE UNTUK WANGIAN RUMAH ANDA