Spesifikasi untuk menaik taraf ke windows 11

Microsoft telah melancarkan Naik taraf Windows 11 dari Windows 10 secara percuma. Mereka mula menawarkan naik taraf ini secara percuma kepada peranti yang mengunakan sistem operasi Windows 10. Sebelum anda mula menaik taraf kepada windows 11 anda perlu pastikan peranti anda menyokong naik taraf ini.

Tidak semua peranti yang menyokong naik taraf ini dan ada beberapa perkara yang perlu anda pastikan sebelum anda naik taraf kepada windows 11. Antaranya ialah:

  1. Cip pemprosesan CPU Intel 8th Gen Lake atau CPU Zen 2 ke atas,
  2. sokongan TPM 2.0 (Trusted Platform Module),
  3. Minima RAM 4GB, dan
  4. Minima storan 64GB.

Microsoft juga melancarkan Windows 11 secara beransur-ansur, jadi peningkatan percuma tidak akan ditawarkan kepada semua peranti yang ada yang disokong secara rasmi. Semua peranti yang ada dan layak akan mendapat naik taraf Windows 11 sehingga pertengahan 2022.