Tajuddin Hadir Ke IPD Dang Wangi Untuk Beri Keterangan

Dengan membawa sebatang tongkak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilihat hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 4.45 petang hari ini.

Menurut laporan Kosmo, kereta jenis Mercedes berwarna perak dilihat tiba di pintu masuk IPD Dang Wangi.

Baru-baru ini tular isu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Selak dilihat menyindir media daripada Phonix TV correspondent: China.

Rata-rata netizen menyelar tindakan bekas Pengerusi Prasarana itu ketika mengendalikan sidang media berkaitan nahas pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) dua hari lepas.

Malah selepas sidang media tersebut Tajuddin turut digesa supaya meletakkan jawatan. Dalam pada itu juga isub berbangkit adalah beliau tidak memakai pelitup muka sebalik hanya memakai pelindung muka.

sumber

Apa dilakukan itu jelas satu kesalahan dan mesti dihukum jika benar Kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan memakai pelitup muka sekiranya mahu juga memakai pelindung muka.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan 2021.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020 lalu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang telah meletakkan jawatan pada 7 Mei lepas.

Biodata beliau

Tajuddin berkecimpung dalam politik sejak awal 1980-an lagi di sekitar Pekan Rabu, Chenderong Balai, Kampung Gajah, Pasir Salak dan Teluk Intan.

Beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak (1982-1988) and sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO dari 1986-1988.

Pada 1987, beliau dan barisan pemuda UMNO berhimpun di Stadium TPCA, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berikutan itu, beliau ditahan berdasarkan undang-undang kontroversi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang bersama-sama tokoh-tokoh politik seperti Ibrahim Ali dan Fahmi Ibrahim.

Beliau selalu membandingkan perjuangan UMNO dengan perjuangan Dato Maharaja Lela menentang J.W.W. Birch.

sumber: Kosmo, Pandu Laju, Astro Awani