Neelofa dan Suami akan didakwa di Mahkamah Esok

Sebut sahaja pasal Neelofa sudah pasti semua orang tahu artis yang menjadi idola-idola lelaki dan wanita tu merupakan seorang artis yang selalu mencetus kontrovesi dalam kalangan netizen.

SMN pun tak faham kenapa netizen asyik sibuk sahaja viralkan kes Neelofa ni. Kalau dulu kes perkahwinan? Lepas tu kes Langkawi dan lagi kes Nilai.

Neelofa dan suaminya semasa majlis perkahwinan mereka

Terbaharu kes Hari Raya Aidilfitri pulak!…Aduhai apa nak jadi apa nak jadi sampai bila-bila tak habis lagi…

Selebriti popular Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail akan didakwa di mahkamah esok berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Dua, Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada pukul 9 pagi esok atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai untuk membeli karpet.

Artikel berkaitan:

Jelas sumber, kedua-dua mereka akan didakwa di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).