Tiga Sebab Murid-Murid Di Jepun Berjalan Kaki Ke Sekolah

Sebab pagi ini adalah hari pertama permulaan sekolah, saya nak kongsi kenapa di Jepun, ramai anak murid hanya berjalan kaki ke sekolah.

Kebanyakan negara maju memang dah adaptasikan berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah sebagai satu cara untuk atasi isu epidemik obesiti di kalangan kanak-kanak.

1. Jarak Sekolah

Secara asasnya undang-undang Jepun menetapkan jarak sekolah dari rumah mestilah tidak lebih 4km untuk sekolah rendah dan 6km untuk junior high school.

Biasanya pada sekolah rendah, mereka akan berjalan kaki samada sendirian atau berkumpulan.

Bila masuk ke sekolah menengah (junior high school), ada yang akan mula berbasikal..

2. Polisi Jalan Kaki

Peringkat kebangsaan, sebenarnya tiada pun polisi jalan kaki ke sekolah. Tapi setiap negeri dan daerah ada Board of Education yang bincangkan dan buat keputusan untuk jadikan polisi atau tidak.

Keadaan geografi, klimat dan pengangkutan awam akan dibincangkan samada nak putuskan untuk polisi jalan kaki ke sekolah dilaksanakan..

Kebanyakan sekolah di kawasan bandar memang laksanakan polisi ini. Namun di kawasan luar bandar yang sekolah masih jauh dan bergantung kepada kereta/kenderaan awam, kadar obesiti di kalangan anak-anak adalah tinggi..

3. Keselamatan Jalan Raya

Di Jepun, ada laluan pejalan kaki dan berbasikal. Jadi taklah kereta nak mengelak pejalan kaki/penunggang basikal di jalan utama. Ini memastikan keselamatan kedua-dua pihak. Pemandu kereta/motosikal di Jepun juga sangat patuh pada peraturan jalan raya terutama di lampu isyarat dan lintasan zebra (zebra line). Tiada yang nak curi-curi jalan walau lampu baru bertukar dari kuning ke merah kononnya sebab ada masa 1-2 saat lagi.

kredit facebook