Mek Yun TikToker Cina Fasih Kecek Kelate!

Kini tular Mek Yun atau Wee Yun Nee, gadis Cina yang sangat fasih berbahasa Melayu dalam loghat Kelantan. Majoriti Malaysia adalah Melayu namun tidak hairanlah kebanyakkan kaum lain pandai bercakap dalam dialek Melayu.

Semua orang tahu Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan terdapat pelbagai adat serta budaya. Malah kaum Melayu, Cina dan India antara bangsa yang utama di Malaysia.

viral mek yun

Gadis yang petah bercakap loghat Kelantan itu, menjadi viral apabila video pendek menerusi aplikasi Tiktok miliknya mendapat perhatian daripada orang ramai.

Petah bercakap Melayu dalam loghat Kelantan itu merupakan satu keunikan namun ia perkara biasa untuk orang Cina menetap di negeri-negeri Pantai Timur.

Gadis cantik berusia 24 tahun ini menarik perhatian warga maya terutama pengguna TikTok kerana kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu selain aksi spontan bersama abang-abangnya yang juga memiliki kebolehan sama.

Memang kebanyakkan video yang dibuat bercakap dalam loghat Kelantan dan kadang-kadang cukup berkomunikasi dalam English. Namun siapa sangka gadis comel molek yang berbangsa Cina ini tidak pandai bertutur dalam Mandarin.

Ramai yang tertanya-tanya siapkah keluarganya sehinggakan mereka menggunakan loghat Melayu walaupun dalam kalangan keluarga ketika berada dirumah ataupun komunikasi harian.

Sentuh sikit mengenai latar belakang, rupa-rupanya Mek Yun adalah anak kepada bekas Panglima Artileri Roket, Brig Jen Dato’ Wee Han Siew.

viral mek yun

Menurut kajian, bapanya sewaktu berkhidmat dalam tentera memang seorang pegawai yang garang namun mudah mesra dan peramah dengan orang lain. Biasalah! kerja askar mesti tegas kan??

Jadi tidak hairanlah kenapa gadis yang mendapat Bahasa Melayu A dalam SPM ini fasih dan sentiasa bertutur dalam dialek tempatan.

Untuk pengetahuan anda, Mek Yun yang merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik itu mempunyai 301,000 pengikut di Tiktok dan 120,000 di Instagram.

Wah! famous juga amoi ini kan? Dalam satu temubual bersama sebuah akhbar tempatan, Mek Yun berkata semasa di sekolah dia banyak bergaul dengan rakan berbangsa Melayu dan daripada situlah dia belajar serta bertanya jika ada maksud perkataan yang tidak difahami.

“Kalau ikutkan memang tidak fasih sangat dialek Kelantan tapi sebab pernah bersekolah rendah selama dua tahun di sana. Jadi disitulah saya mendapat pendedahan.

“Malah ibu dan ayah ada kalanya mereka bertutur dengan kami dalam dialek Kelantan. Bahasa Melayu, Inggeris dan Siam memang selalu lah.Jadi kami memang lancar kesemua bahasa tu.

Semasa bersekolah, Mejk Yun juga mendapat gred A dalam subjek Bahasa Melayu sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mekyun yang baru tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor dan masih menunggu tawaran pekerjaan.

Habis.

Sumber Tiktok Mekyun, Perakstatic