Timbang Kompaun Gagal Hadir Temujanji Suntikan Vaksin.

Kekecohan dua hari lepas berkenaan temujanji suntikan vaksin Covid-19 Astrazeneca yang rata-rata rakyat Malaysia tidak dapat daftar berikut dengan kesesakan orang ramai yang inginkan vaksin tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, “Temujanji vaksin Covid-19 akan dibuka kepada semua golongan bawah 60 tahun pada 25 Mei 2021″.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin

Ini adalah satu berita yang baik dimana menunjukkan ramai orang prihatin untuk mendapatkan vaksin Covid-19 walaupun menimbulkan sedikit kemarahan kepada sesetengah pihak berikutan sistem yang dilaksanakan mempunyai masalah teknikal akibat pendaftaran yang terlalu ramai dalam satu masa.

Vaksin Covid-19 Astrazeneca

Astrazeneca

Walaubagaimanapun, masih ada lagi pendaftar vaksin Covid-19 Astrazeneca yang tidak bertanggungjawab tidak hadir ke temujanji yang telah ditetapkan.

Perkara ini bukan sahaja melibatkan pendaftar , malah ia juga melibatkan sukarela yang telah mendaftar untuk disuntik vaksin tersebut.

Menurut laporan BH, di Kedah seramai 10,827 daripada 30,100 individu gagal untuk hadir temujanji vaksinasi mereka antara 19 April hingga Sabtu lalu.

Hari ini satu perbincangan dari Kementerian Kesihatan telah dibuat di Putrajaya untuk mempertimbangankan dengan mengenakan kompaun kepada individu yang gagal hadir ke temujanji untuk suntikan tersebut.

Dato’ Sri Dr. Adham Baba Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Kementerian Kesihatan

Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, tindakan tegas itu akan dibawa dalam perbincangan pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Covid-19 (JKJAV). “Langkah ini hanya dibuat setelah melihat pendekatan daripada sukarela dan pendaftar yang telah mendapat saluran yang betul untuk disuntik, tetapi mereka gagal untuk hadir”, katanya menerusi sidang akhbar secara maya semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun amat berharap supaya semua rakyat dapat mematuhi tarikh tenujanji yang telah ditetapkan.

“Sebenarnya tindakan boleh diambil seperti dinegara lain, contoh kalau mereka mengambil kesempatan untuk memotong ‘queue’ ketika pengabilan vaksin boleh dikenakan denda dan sebagainya

“Suntikan ini perlulah diikuti dengan process yang betul kerana setiap vaksin Covid-19 yang telah dicairkan perlu digunakan dalam tempoh enam jam,” kata beliau.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan mempertimbangkan untuk memberikan dos kepada individu yang gagal hadir temu janji ditukarkan dan diberikan kepada individu yang lain.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan, Dr A Maheshwara berkata setakat jam 3 petang pada Jumaat, sejumlah 1.65 juta pengguna MySejahtera telah mendaftar diri sebagai penerima vaksin.

SUMBER – TheStar, BH.