Tok Guru Positif Covid-19

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan positif Covid-19.

Perkembangan terkini Ahli Parlimen Marang itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Khalil dalam hantaran Facebook beliau sebentar tadi.

Menurut Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Abdul Hadi hanya mengalami gejala ringan dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Beliau dalam keadaan baik.

“Mohon doa kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera,” katanya