Tokah antivaksin mati akibat COVID-19

 Seorang individu antivaksin yang menjadi jurucakap perhimpunan menentang peraturan lebih ketat berhubung vaksin di Australia, dilaporkan meninggal dunia di wad Covid-19.

Portal Mirror melaporkan tokoh orang asli itu, Max Dulumunmun Harrison, 85, meninggal dunia di Hospital Sutherland Sydney, Sabtu lalu, akibat asma bronkial dan komplikasi kesihatan lain.

Harrison ialah penasihat budaya mengenai isu kesihatan dan berkaitan budaya untuk Informed Medical Options Party (IMOParty).

Mereka meletakkannya sebagai penceramah utama pada perhimpunan Millions March di Hyde Park, di sini, pada 27 November lalu.

Perhimpunan dihadiri lebih 9,000 dan dalam ucapannya dia lantang menyuarakan ahli politik layak untuk ditenggelamkan.

Bercakap pada perhimpunan dua minggu lalu, beliau berkata: “(Saya) tidak mengenali tempat di atas bukit di Canberra kerana mereka bukan kerajaan, mereka adalah sebuah syarikat yang menyamar sebagai kerajaan.”

Dia berkata, orang ramai tiada kebebasan kerana vaksinasi Covid-19 dan berjuang untuk berjalan dan bercakap untuk kebebasan.

“Setiap penceramah di sini hari ini, mereka tidak melakukan apa-apa selain bercakap benar, dan itulah yang kami mahukan,” kata Harrison mengenai rakan penceramah antivaksinnya sebelum membandingkan menentang vaksinasi Covid-19 dengan perang.