Total Lockdown Malaysia 1 Jun Ini – Perdana Menteri

‘Total Lock Down’ dilaksanakan oleh kerajaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Perdana Menteri

Kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) sahaja yang disenarai Majlis Keselamatan Negara boleh beroperasi.

“Semua sektor tidak boleh beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu sahaja. Itupun, yang disenarai oleh MKN.

“Keputusan total lockdown ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Lebih menyedihkan, setakat hari ini seramai 2,552 orang telah meninggal disebabkan pendemik ini dan jumlah kematian dibimbangi akan semakin meningkat.

“Dengan peningkatan kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19 juga semakin terhad,” kata kenyataan itu.

Fasa 2

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, jika perintah berkurung penuh Fasa Pertama itu berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, perintah berkurung Fasa Kedua akan dilaksanakan.

Katanya, Fasa Kedua akan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak membabitkan perhimpunan besar dan boleh mematuhi penjarakan fizikal.

Pelaksanaan perintah berkurung Fasa Kedua itu akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh ini, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematahu SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantain jangkitan COVDI-19.

Stay at home

Yang terbaik ialah duduk dirumah Stay At Home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.

Jadi untuk anda yang suka dengan arikel SMN boleh share di sosial media anda atau tekan button follow dan like di Facebook page Seminitnews.

Selain itu jangan lupa untuk join telegram Seminitnews untuk dapatkan berita-berita menarik tepat di telefon anda sahaja.

sumber: Astro Awani, Bh, Kenyataan Akhbar Pejabat Perdana Menteri