TUDM Terbangkan Dua Bayi Pesakit Jantung

Tugas tentera bukan semata-mata menjagga perbatasan negara, malah melangkaui peranan tersebut.

Buktinya hari ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi menggalas tanggungjawab sosial demi kesejahteraan rakyat apabila menerbangkan dua bayi yang memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).

Bayi berusia 11 hari, Nick Ahmad Shah, mengalami masalah jantung bersama seorang lagi bayi berusia dua bulan, Muhamad Akid Aqil.

Kedua-dua bayi tersebut yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) telah diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

Pesawat diterbangkan oleh Kapten Mohd Fitrie Idham Kamaruddin dan pembantunya, Kapten Muhd Izwan Noor Azman bersama enam kru.

Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Kuching tiba kira-kira pukul 6.50 pagi tadi di Pangkalan Udara Subang dan dibawa ke IJN, Kuala Lumpur dengan diiringi pegawai dan petugas perubatan dari HUS.

Inilah yang dinamakan ‘tentera dan rakyat berpiah tiada’. Tahniah dan syabas TUDM.