Ulang Tahun ke-63 Regimen Askar Wataniah

Askar Wataniah adalah salah satu pasukan didalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadi barisan kedua pertahan negara dianggotai sekumpulan rakyat yang bersama-sama ingin menyumbang khidmat mengangkat senjata sebagai sukarelawan pada waktu suka dan aman.

Sempena ulang tahun Askar Wataniah yang ke-63, SMN ingin mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang telah dicurahkan terutamanya penglibatan semasa negara dilanda wabak pendemik Covid-19.

Peranan Askar wataniah menjadi pasukan barisan kedua pertahanan negara yang mempunyai 16 Regimen di seluruh Malaysia menjadikan sokongan yang penting dalam membantu anggota tetap tidak dapat disangkal lagi.

Penglibatan didalam Askar Wataniah juga bukan sahaja datang dari golongan yang bawahan, malah turut disertai secara sukarela oleh golongan profesional seperti guru, jurutera dan pensyarah.

Kemasukan askar wataniah daripada pelajar-pelajar Universiti Awam seperti UiTM, UPM, USM, USIM dan lain-lain sebagai pegawai kadet (Palapes) juga amat membanggakan bagi melahirkan seorang pegawai kadet kepada pengawai muda yang ditauliahkan secara rasmi oleh DYMM Raja-Raja.

Apabila disarungkan pakaian tentera, pasukan ini dapat memupuk semangat setia kawan yang tinggi dalam masa yang sama mewujudkan jaringan kerja di antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa, dan mahupun faham politik.

Askar wataniah sangat dialu-alukan penglibatan secara sukarela daripada semua golongan terutamanya golongan muda bagi memupuk rasa cinta dan semangat patriotik didalam jiwa sebagai rakyat Malaysia.

Dengan bermotokan ‘Berkhidmat Untuk Negara‘, anggota pasukan sukarela ini yang datang dari pelbagai golongan bersama-sama memerah keringat, berhujan panas serta membuat latihan bersama tanpa mengira pangkat diluar bagi menjayakan tugas yang diarahkan.

Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi b. Haji Buang
Pangliam Angkatan Tentera (PAT)

Semoga dibawah pimpinan Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi b. Haji Buang (PAT) dan Jeneral Tan Sri Zamrose b. Mohd Zain (PTD) serta Mejar Jeneral Dato’ Hj Zawawi bin Haji Adam sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat dapat menjadikan pasukan Askar Wataniah bergerak dengan lebih maju jaya.

Kunjungan Hormat daripada Mejar Jeneral Dato’ Hj Zawawi bin Haji Adam ( Asisten Panglima Pasukan Simpanan) kepada
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain (PTD)
( Asisten Panglima Pasukan Simpanan)

Selamat HUT Askar Wataniah termasuk kepada mereka yang pernah menjadi warganya dari SMN.

Sumber: PRTD