Viral Nama Wanita Ini Semata-Mata ‘D’, Ini Penjelasan Bapanya

Seorang gadis dari Indonesia yang mempunyai nama unik iaitu D mengakui berdepan banyak kesukaran akibat nama itu, lapor laman berita Solopos.com, semalam.

Menurut D,20, yang berasal dari Kota Pemalang, antara cabaran utama adalah melayan pelanggan di stesen minyak tempat dia bekerja apabila mereka sering mengajaknya berbual.

Artikel menarik: Kibar Bendera Putih Selepas Stok Beras Habis

Sementara itu, bapa kepada D berkata, dia menamakan anaknya itu dengan abjad tersebut bersempena dengan kedudukan gadis itu sebagai anak keempat dalam keluarga, selain D adalah huruf keempat. – Agensi