Will Smith lempang Chris Rock di pentas Anugerah Oscar

MEMPERLEKEHKAN kondisi kepala botak isteri Will Smith iaitu Jada Pinkett yang mengalami masalah Alopecia atau keguguran rambut, pelawak Chris Rock dilempang pelakon tersebut dalam acara Academy Awards.

Chris atau nama sebenarnya, Christopher Julius Rock berjenaka tentang Jada mempunyai potensi untuk berlakon dalam filem G.I. Jane disebabkan kepala botaknya yang sesuai dengan karakter filem berkenaan namun jenaka tersebut membuatkan Will naik angin.

Will yang tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem King Richard naik ke atas pentas dan melempang Chris kerana tidak berpuas hati dengan mulut celoparnya.