Zahid Desak PM Undur Diri Langgar Titah YDPA

(MP)- KENYATAAN Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur disifatkan sebagai satu bentuk pelanggaran kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

Pemuda Perikatan Nasional (PN) dalam kenyataan berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu bercanggah dengan titah Seri Paduka Baginda yang mahu semua bentuk politiking dihentikan bagi memastikan urusan difokuskan kepada memulihkan keadaan negara.

Artikel berkaitan: PM Letak Jawatan Automatik Kerajaan Runtuh

“Pemuda PN tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Umno yang mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur diri.

“Ini adalah satu bentuk pelanggaran kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua bentuk politiking dihentikan bagi memastikan urusan negara difokuskan kepada memulihkan keadaan negara,” kata kenyataan itu.

Sumber